Assalamualaikum w.b.t
Sejak akhir-akhir ini.hati dan juga fikiran aku tidak tenang.sentiasa memikirkan tentang kehidupan diri aku sendiri,sentiasa mencari kebenaran,sentiasa mencari petunjuk,dan juga sentiasa mencari keredhaan Allah S.W.T. Aku berfikir sejenak, Allah sentiasa menyayangi seseorang hamba-Nya.Allah sentiasa melindungi kita,sentiasa memberi petunjuk kepada kita sewaktu kita di dalam kesusahan.Allah sentiasa menurunkan nikmat-Nya kepada semua umat manusia di atas muka bumi ini.Tapi sayang,aku sebagai manusia yang lalai dengan kehidupan,sentiasa lalai dan tidak ingat terhadap-Nya.Kadang-kadang aku terfikir.apakah kedudukan aku disisi Allah S.W.T ? Jawab diriku sendiri.lihatlah kedudukan Allah didalam hati ku.adakah aku sentiasa dekat dengan Allah S.W.T ? Sekali lagi aku berfikir, kehidupan ku dipenuhi dengan kelalaian.kehidupan aku lalai dari mengingati Allah yang Maha Esa. Bukan aku tak solat.aku solat.perkara wajib yang dituntut aku lakukan.tapi aku masih lagi mencari petunjuk dan ketenangan.tapi aku lalai.setiap saat yang aku lalui, aku tak gunakan ia dengan sebaik mungkin untuk aku mendekatkan diri ku kepada-Nya.
Di dalam kehidupan,semua manusia mempunyai nafsu.semua manusia mempunyai keinginan.tapi keinginan aku itu tidak pernah aku dapat.aku sentiasa berdoa kepada-Nya.adakah aku terlalu mengharap kepada Allah semata-mata tanpa perlu berusaha ?aku mengaku, aku terlalu bergantung kepada-Nya tanpa adanya usaha untuk aku menggapai cita-cita ku untuk berjaya dalam kehidupan ku.Bila aku tidak dapat apa yang aku inginkan,aku memberontak,aku marah.tapi sememangnya itu semua salah aku.aku tak sepatutnya melakukan semua itu.aku terlalu bergantung kepada Allah.tapi,aku fikir lagi.bukan aku tak usaha langsung.semua aku dah lakukan untuk aku menggapai cita-cita ku.tapi aku masih tidak dapat apa yang aku nak.kadang-kadang kita tidak sepatutnya menyalahkan takdir yang ditetapkan Allah.Kita perlu percaya kepada qada dan qadar Allah.kita perlu bersyukur dengan nikmat yang Allah telah berikan kepada kita.dan kita juga perlu menghargai semua itu.
Qada bermaksud pelaksanaan. Adapun qadar bermaksud sukatan.Terbahagi kepada dua bahagian iaitu Qada Mubram dan Qada Muallaq.Qada Mubram adalah ketentuan Allah Taala yang pasti berlaku dan tidak dapat dihalang oleh sesuatu apa pun.Sebagai contoh, mati pasti akan berlaku.Firman Allah Taala bermaksud:
“Dan pada sisi Allah Taala jua kunci-kunci semua yang ghaib.”
(Surah al-Anaam: ayat 59).
Qada Muallaq adalah ketentuan yang tidak semestinya berlaku bahkan bergantung kepada sesuatu perkara.Sebagai contoh, panjang umur bergantung kepada menghubungkan silaturrahim dan amal kebajikan yang lain. Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud:
“Tidak boleh ditolak qadar Allah Taala melainkan doa. Dan tiada yang boleh memanjangkan umur melainkan membuat baik kepada ibubapa. “
(Riwayat Hakim, Ibnu Hibban dan Tarmizi).
sabda Rasulullah S.A.W:
“Bekerjalah kamu seakan-akan hidup seribu tahun lagi,dan beribadahlah kamu seakan-akan kamu akan mati besuk pagi”
Hadis yang disabdakan oleh Rasulullah S.A.W ini menunjukkan bahawa kita sebagai hamba Allah,perlu mengimbangi diantara kehidupan dan juga akhirat.orang yang sentiasa beribadat tanpa memikirkan soal dunia tidak boleh juga,begitu juga sebaliknya.Aku sebagai hamba Allah,sentiasa berniat yang aku akan berjaya di akhirat dan juga berjaya di dunia.Bolehkah aku ?mampukah aku ? persoalan sentiasa bermain di fikiran aku.Selangkah demi selangkah aku mencari jalan penyelesaian.Langkah awal aku lakukan, aku muhasabahkan diri aku.Fikirkan tentang kelemahan,kekurangan yang ada didalam diri aku.Nabi Muhammad S.A.W berhijrah dengan sahabat-sahabatnya untuk mengubah dan mencari strategi dalam menyebarkan agama Islam.Kita manusia,perlu juga berhijrah untuk mengubah diri kita daripada yang kurang baik.kepada kehidupan yang lebih baik.
Berdoa,berusaha,dan juga bertawakal kepada Allah merupakan perkara-perkara yang tidak dapat dipisahkan dalam kehidupan kita.Sebagai manusia,aku perlu berhijrah menjadi yang lebih baik.InsyaAllah,dengan niat dan keazaman yang betul,Allah pasti akan memimpin kita dalam melaksanakan sesuatu ibadah.dan aku juga sentiasa akan bersemangat untuk terus berusaha dalam mencari kejayaan didunia dan juga di akhirat.
Semoga apa yang aku kongsikan ini menjadi iktibar kepada sesiapa sahaja yang membaca dan juga diri aku sendiri.Marilah kita sama-sama mengingati Allah S.W.T dan sentiasa mengubah diri kita untuk sentiasa dekat kepada Allah yang Maha Esa.
Sekian.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan